Kemaskini Peta Dust 2 Kini Sudah Boleh Dimainkan

Valve hari ini telah mengelarkan kemaskini pada versi beta permainan Counter Strike : Global Offensive yang membawakan peta Dust 2 yang telah diubah suai. Peta ikonik tersebut kini telah diperbaiki dan diperkemaskan lagi dengan memfokuskan tentang perkara yang dimahukan oleh pemain semasa bermain di dalam peta ini.

Menurut Valve, tujuan pengubahsuaian ini dilakukan adalah untuk menambah baik pergerakan pemain termasuklah ketika berlindung daripada musuh, menambahbaik penglihatan pemain dan memperbaharui nilai estetik peta tersebut selari dengan dunia moden.

Akhir sekali, Valve turut sama mengemaskini pasukan pengganas pada peta Dust 2 iaitu Leet Krew yang sebelum ini dikenali sebagai Durrah. Karekter mereka dikemaskini dengan grafik yang lebih beresolusi tinggi bagi menjadikan mereka lebih dikenali dan ikonik.

Bagi anda yang mahu mencuba peta Dust 2 serba baharu ini, anda boleh melayari laman pendaftaran CS:GO Beta.  Peta ini akan diuji untuk jangka masa tertentu bagi mendapat maklumbalas daripada pemain sebelum ianya dimasukkan pada versi CS:GO stabil.


Sumber : CS:GO

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.