Kemaskini Dueling Fates Untuk Dota 2 Akan Tiba Pada 1 November 2017

Pasukan pembangun permainan Dota 2 hari ini mengumumkan bahawa kemaskini besar seterusnya iaitu The Dueling Fates akan tiba pada 1 November kelak. Berita ini pasti mengecewakan para pemain yang sudah tidak sabar menunggu kemaskini terbaru sejak berakhirnya kejohanan The International 2017 pada bulan Ogos lalu.

Kemaskini Dueling Fates akan hadir bersama sama dengan dua hero baharu bagi permainan Dota 2. Pada ketika ini, tiada info lanjut diberikan mengenai kemaskini itu melainkan hanya video teaser mengenainya yang dipertontonkan oleh Valve pada kejohanan The International 2017.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.