Jumlah Pemain Serentak PlayerUnknown's Battlegrounds Kini Telah melebihi Angka 2 Juta Orang



PlayerUnknown's Battleground meneruskan rekod cemerlang mereka hari ini selepas berjaya mencapai jumlah pemain serentak melebihi 2 juta orang pada satu satu masa. Permainan itu pada ketika ini berjaya mencatatkan rekod 2,016,498 orang pemain serentak.



Permainan ini juga baru baru ini menerima empat pencalonan bagi Acara Golden Joysticks. Arena esukan PUBG juga tidak kurang hebat apabila sebuah lagi kejohanan telah diumumkan iaitu IEM PUBG Invitational Oakland. Beberapa organisasi esukan juga telah turut sama menubuhkan pasukan PUBG mereka baru baru ini iaitu Team Dignitas, Alliance dan Ninjas in Pyjamas.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.