Jumlah Pemain Overwatch Kini Melebihi 35 Juta Orang



Overwatch hari ini menerusi laman Twitter mengumumkan bahawa jumlah pemain permainan tersebut kini telah melebihi 35 juta orang. Jumlah ini adalah termasuk pada semua platform dimana permainan tersebut boleh dimainkan iaiatu Xbox One, PC dan Playstation 4.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 5 juta pemain dalam masa 5 bulan selepas mereka memperoleh 30 orang juta pemain pada penhujung April lalu. Namun begitu. mereka tidak mendedahkan jumlah terperinci termasuklah jumlah pemain aktif bulanan.

Overwatch pada ketika ini sedang mengadakan acara bertemakan Halloween kedua mereka iaitu Halloween Terror. Acara ini membawakan pelbagai skin baharu, peti hadiah dan mod permainan khas terbaru.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.