Immortals Bawa Masuk Horvy Sebagai Pemain Baru Pasukan CS:GO Mereka



Selepas terlibat dengan masalah disiplin baru baru ini, pasukan Immortals telah mengugurkan Vito 'kNgV-' Giuseppe daripada pasukan itu dan meletakkan dua lagi pemain dibangku simpanan iaitu Henrique 'Hen1' Teles dan Lucas 'Lucas1' Teles.

Kini, Immortals secara rasminya telah mengambil João “Horvy” Horvath, pemain rifle dan AWP berusia 19 untuk mengisi kekosongan yang terdapat di dalam pasukan itu. Beliau sebelum ini bermain bagi pasukan k1ck eSports Club di Brazil.

Immortals pada masa yang sama menyatakan bahawa beberapa pengumuman lain akan dilakukan berkaitan pasukan CSGO mereka didalam masa terdekat. Pasukan itu juga masih belum mempunyai pemain aktif kelima didalam pasukan mereka.

Immortals CSGO

  • Ricardo 'boltz' Prass
  • Lucas 'steel' Lopes
  • João 'horvy' Horvath
  • Rafael 'zakk' Fernandes (Jurulatih)

Sumber : Immortals

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.