Hulu Akan Tayang Empat Rancangan Bertemakan Esukan Pada Musim Luruh Ini



Hulu merupakan sebuah laman web penstriman video yang dimiliki oleh Hulu LLC, sebuah syarikat usahasama antara The Walt Disney Company, 21st Century Fox, Comcast, dan Time Warner. Melaluinya, pengguna boleh menonton filem, siri televisyen dan rancangan eksklusif secara atas-permintaan(on demand).

Kini, mengikut jejak langkah Disney, Hulu mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan empat rancangan bertemakan esukan bermula pada musim luruh ini. Keempat empat rancangan tersebut merupakan terbitan syarikat esukan ternama iaitu, ESL.

Ini merupakan pertama kalinya syarikat tersebut akan menyiarkan rancangan berkaitan dengan esukan. Empat rancangan tersebut ialah Player V. Player, Bootcamp, Defining Moments, dan ESL Replay.

Rancangan rancangan ini akan memfokuskan kepada bual bicara berkaitan esukan, kisah hidup pemain profesional ketika berlatih menghadapi kejohanan, menerangkan kepada umum kisah kisah menarik didalam dunia esukan dan dokumentari mengenai sesebuah kejohanan.

Sepertimana Disney yang menyiarkan rancangan esukan melalui saluran Disney XD mereka, tindakan Hulu melangkah ke dalam dunia esukan ini adalah suatu petanda yang esukan semakin diterima dan mula diminati oleh masyarakat umum. Di Malaysia sendiri, Astro telah mewujudkan sebuah saluran khas untuk esukan yang dinamakan sebagai EGG Network.


Sumber : Mashable

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.