Haunted Hallows - Acara Bertemakan Halloween Pertama Untuk Rocket League



Sebuah acara khas bertemakan Halloween akan diadakan untuk permainan Rocket League. Acara yang dinamakan sebagai Haunted Hallows  ini akan bermula pada 8 a.m, 17 Oktober ini sehingga  2 a.m, 7 November ini.

Pada acara ini, sebuah matawang sementara baharu telah dicipta iaitu Candy Corn. Candy Corn boleh diperoleh dengan memainkan perlawanan secara tas talian. Candy Corn kemudiannya boleh digunakan untuk membeli item bertemakan Halloween, Decryptors (Penyahsulit), dan Peti "Haunted Hallows" (Memerlukan Penyahsulit untuk dibuka).

Matawang Candy Corn akan lupus seminggu selepas tamatnya acara Haunted Hallows tetapi sebarang item yang dibeli menggunakannnya akan kekal selamanya di inventori anda.

Decryptor

Decryptor merupakan cara terbaru untuk emmbuka peti hadiah. Satu satunya cara untuk memiliki Decryptor adalah dengan menggunakan matawang Candy Corn. Sebarang peti yang dibuka menggunakan Decryptor tidak akan boleh diperdagangkan (non-tradeable).

Peti Khas Acara Haunted Hallows


Sumber : Rocket League

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.