Happy Feet Gagal Memperoleh Visa Untuk Menyertai ESL One Hamburg 2017

Pasukan Happy Feet hari ini mengesahkan bahawa mereka gagal memperoleh visa untuk menyertai kejohanan ESL One Hamburg 2017. Pasukan ini mengumumkan menerusi laman Facebook bahawa beberapa isu telah menyebabkan permohonan visa mereka telah ditolak oleh kedutaan Jerman.

Buat masa ini, tiada pengganti diumumkan oleh pihak penganjur. Pasukan Happy Feet telah menewaskan pasuukan Clutch Gamers pada perlawanan akhir pusingan kelayakan tempoh hari. Berkemungkinan besar, pasukan Clutch Gamers akan menjadi pilihan penganjur seandainya mereka juga mampu memperoleh visa.

Pada masa yang sama, Happy Feet turut sama memaklumkan bahawa mereka telah memperoleh lesen khas atlet sukan daripada Lembaga Hiburan dan Permainan Filipina (GAB PH).

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.