Galaxy Battles Musim Kedua Akan Diadakan Di Filipina - Kejohanan Bertaraf Major Dengan Hadiah Berjumlah RM4.2 Juta



Selepas Shenzhen, China, Galaxy Battles telah memilih Filipina sebagai lokasi kedua pengajuran kejohanan Dota 2 mereka. Fallout Gaming (FG) dan Purpose Win (PWEL) hari ini mengumumkan bahawa kejohanan bertaraf major, Galaxy Battles akan diadakan di Philippines Arena, Bulacan, pada bulan Januari ini.

Seperti mana kejohanan bertaraf major lainnya, Galaxy Battles akan menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah $1,000,000 (~RM4.2 Juta) dan 1500 mata kelayakan. Pusingan kelayakan kejohanan akan bermula pada pertengahan November ini di enam rantau utama iaitu China, Asia Tenggara(SEA), Eropah, Commonwealth of Independent States (CIS), Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pusingan kelayakan ini akan memberikan 6 slot untuk menyertai kejohanan tersebut.




4 slot ke pusingan wildcard juga disediakan kepada pemenang tempat kedua pusingan kelayakan di China dan EU dan pemenangan tempat pertama dan kedua bagi kejohanan New Blood Championship. Pusingan Wildcard ini menawarkan dua slot ke acara utama kejohanan menjadikan 16 pasukan akan bertanding pada acara utama Galaxy Battles.

8 pasukan akan menerima jemputan terus ke kejohanan ini iaitu Newbee, TNC, Infamous, OG dan empat lagi yang masih belum didedahkan. Kejohanan tersebut juga akan menyediakan beberapa penambahan menarik seperti kawasan khas untuk festival muzik dan taman tema untuk aktiviti berkaitan Dota 2 serta gerai makanan dan minuman.

Galaxy Battles musim kedua akan berlangsung pada 19, 20 dan 21 Januari 2018 di Philippines Arena, Bulacan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.