G2 Esports Menyertai Kehangatan PUBG - Tubuh Pasukan Tersendiri

Permainan sensasi PlayerUnknown's Battlegrounds sudah menarik pelbagai organisasi esukan untuk mewujudkan pasukan masing masing. Kini, sebuah lagi organisasi terkemuka, G2 Esports mengumumkan penubuhan pasukan PUBG mereka tersendiri.

Pasukan PUBG ini tersiri daripada empat orang pemain dimana dua daripadanya adalah bekas pemain profesional untuk Call of Duty iaitu Mark ‘phantasy’ Pinney,  Stephen ‘stephen’ Phillips dan dua lagi pemain, David ‘velan’ Velan dan Jack ‘wack0’ Middleton merupakan bekas pemain profesional Overwatch.

Dengan latar belakang mereka sebagai pemain permainan bergenre FPS, G2 Esports yakin dengan kebolehan mereka untuk membawa nama organisasi itu di pentas kejohanan esukan PUBG.

Sumber :  G2 Esports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.