Fire Dragoon Umum Barisan Ahli Terbaru Pasukan League of Legends Mereka

Fire Dragoon telah kembali ke Summoner's Rift. Selepas mengugurkan skuad League of Legends mereka beberapa minggu lalu, Fire Dragoon kini mengumumkan bahawa mereka telah sedia untuk kembali dengan mengumumkan barisan ahli terbaru pasukan League of Legends mereka.

Dua orang pemain daripada skuad lama mereka telah dikekalkan iaitu Ribena dan Xare. Melengkapkan pasukan tersebut, tiga orang pemain baharu telah ditambah iaitu Arashi, Xeno dan  Atup. Arashi dan Xeno sebelum ini bermain bagi pasukan Nirvana Gaming manakala Atup sebelum ini bermain untuk pasukan 4moD.

Selain daripada itu, Fire Dragoon telah sama mengambil Luqman ‘Crowe’ Abdullah, bekas pengurus dan jurulatih bagi pasukan Kuala Lumpur Hunters sebagai jurulatih baharu pasukan League of Legends Fire Dragoon ini.

League of Legends Fire Dragoon :

  • Khairul 'Atup' Amirin
  • Beckham 'Arashi' Ang
  • Jonathan 'Xare' Chan
  • Joshua 'Ribena' Chan
  • Tee 'Xeno' Chen Yen


Sumber : IGN

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.