Fire Dragoon Gugur Pasukan League of Legends Mereka



Fire Dragoon (FDG), organisasi esukan yang semakin meningkat naik di Malaysia mengumumkan bahawa pemain bagi pasukan League of Legends mereka telah dilepaskan daripada kontrak berkuatkuasa serta merta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pada mulanya, mereka gagal mengambil jurulatih bagi pasukan itu semasa  The Legends Circuit (TLC) MY 2017 berlangsung. Akibat daripada itu, pasukan tersebut kehilangan arah tuju sehingga memaksa pihak pengurusan untuk masuk campur. Namun egitu, situasi pasukan tersebut telah terlalu teruk sehingga pasukan tersebut akhirnya terpaksa dibubarkan.

Bersama sama dengan Fire Dragoon,  pasukan League of Legends tersebut berjaya memperoleh tempat kelima pada liga The Legends Circuit (TLC) untuk musim 2017.

Fire Dragoon LOL

  • Jason “Neko” Chong
  • Jonathan “Xare” Chan
  • Jacob “JLKC” Low
  • Joshua “Ribena” Chan
  • Lim “Hoki26” Tou Jye
  • Melvin “Vita” Yong
  • Soon “Scorp” Zhen Suan

Foto dan Sumber : Fire Dragoon

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.