Execration Tewaskan Ehome - Juarai The Major League Championed By Celcom 2017

Pasukan Execration muncul juara kejohanan The Major League selepas menewaskan pasukan Ehome pada perlawanan akhir yang diadakan di EduCity Sports Arena di Iskandar Puteri, Malaysia.  Perlawanan akhir yang diadakan dalam format terbaik antara tiga siri tersebut berakhir dengan keputusan 2-1.

Pasukan Fnatic pula mengakhiri kejohanan tersebut di tempat ketiga selepas tewas kepada Ehome di perlawanan akhir pusingan lower bracket. Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari ini dianjurkan oleh The Livescape Group dan Beatnation dengan syarikat telekomunikasi Celcom menjadi penaja  utama.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.