Evil Geniuses Ambil Alih Pasukan PUBG 'grantJokur'

Organisasi esukan berpengkalan di Amerika Utara, Evil Geniuses hari ini telah mengumumkan pengambilalihan sebuah pasukan PUBG iaitu grantJokur. Pasukan tersebut dibarisi oleh Jared "Pandaego" Fletcher, Cole "Gnomey" Garton, Timothy "GOUL" McClelland dan Austin "zWattz" Watts.

Pasukan itu akan bermain secara rasmi di bawah nama Evil Geniuses bermain di IEM Oakland PUBG Invitational pada November ini. Ditubuhkan pada tahun 1999, Evil Geniuses kini merupakan salah sebuah organisasi esukan ternama dengan mempunyai beberapa buah pasukan untuk pelbagai permainan seperti Dota 2, Gwent, Halo, Call of Duty dan Smash.


Sumber : Evil Geniuses

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.