ESL One Kembali Ke Genting Highland Januari Ini - Kejohanan Dota 2 Bertaraf Minor Pertama Di Malaysia


Genting Highland sekali lagi telah dipilih sebagai lokasi penganjuran kejohanan esukan Dota 2. ESL One Genting 2018 merupakan sebuah kejohanan Dota 2 bertaraf minor pertama yang akan diadakan di Malaysia.

Kejohanan ini akan mempertandingkan 16 pasukan terbaik di dunia bagi merebut hadiah berjumlah US$400,000 (~RM1.6 Juta) dan 400 mata kelayakan. ESL One Genting akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland yang mampu memuatkan 6000 orang pengunjung pada 26 sehingga 28 Januari 2018. 10 pasukan dijangka  akan menerima jemputan terus ke kejohanan ini manakala baki 6 pasukan akan melayakkan diri melalui pusingan kelayakan di 6 rantau utama. Kejohanan ini akan menggunakan format penyingkiran tunggal dengan perlawanan akhir menggunakan format terbaik dari lima siri (BO5).

Tiket boleh dibeli bermula pada 19 Oktober ini dengan harga awal bernilai RM180 untuk tiket Weekend, RM280 untuk tiket Plus dan RM500 untuk tiket Premium. Harga tiket akan meningkat mengikut jumlah yang telah terjual. Maklumat lanjut mengenai harga tiket boleh dilihat di pautan ini.




Sumber : ESL One

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.