ESL One Dan Intel Extreme Masters World Championship Kembali Ke Katowice

Kejohanan Esukan tanpa henti. Walaupun Kejohanan Major pertama Dota 2 sejak Pro Circuit diperkenalkan, ESL One Hamburg akan bermula hari ini, ESL nampaknya akan terus menerus menyajikan aksi Dota 2 kepada para peminat dengan mengumumkan sebuah lagi kejohanan Dota 2 bertaraf major iaitu ESL One Katowice yang akan di adakan pada bulan Februari kelak.

Bersempena dengan Intel Extreme Masters Expo yang akan berlangsung di Katowice bermula 24 Februari sehingga 4 Mac kelak, ESL dan IEM mengumumkan beberapa buah kejohanan esukan akan diadakan bersama sama dengan eskpo tersebut. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah Dota 2, Starcraftdan Counter Strike Global Offensive.

Acara esukan ini akan dibahagiakan kepada dua bahagian iaitu Kejohanan Dota 2 Major - ESL One Katowice pada 20 Februari sehingga 25 Februari dan IEM World Championship yang melibatkan permainan Starcraft dan CS:GO pada 2 sehingga 4 Mac. Kejohanan ESL One Katowice akan mempersembahkan hadiah sebanyak $1,000,000 dan 1500 mata kelayakan pro circuit. IEM World Championship untuk permainan CSGO pula akan menawarkan hadiah sebesar $500,000 manakalan permaiann Starcraft akan menawarkan hadiah sebesar $250,000.


Ketiga tiga acara akan diadakan di Spodek Arena yang berhadapan dengan International Conference Center dimana IEM Expo akan diadakan. Walaupun ketiga tiga acara ini diadakan bersempena dengan IEM Expo, ekspo tersebut turut sama akan mempertandingkan beberapa buah pertanding esukan tersendiri dengan tiga pentas disediakan didalam ICC. Permainan yang akan dipertandingkan adalah League of Legends, Crossfire, CS:GO dan Heroes of The Storm.

IEM Expo merupakan sebuah acara ekspo perdagangan bertemakan esukan. Ia melibatkan pameran daripada pebagai syarikat teknologi, perkakasan kompter, perkakasan esukan dan pebagai lagi syarikat yang terlibat dengan industri esukan. IEM Expo Katowice merupakan expo keempat yang diadakan oleh Intel.

Sumber : ESL / IEM Expo / IEM 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.