ESL Beri Kejutan Kepada Pasukan Di ESL One Hamburg - Sediakan Kereta Khas Untuk Setiap Pasukan

Selepas mengumumkan bahawa pemain terbaik (MVP) kejohanan ESL One Hamburg akan membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Mercedes-Benz bernilai €50,000 (~RM 248,000) , ESL terus memberikan layanan istimewa kepada pasukan yang akan bertanding di kejohanan tersebut dengan menyediakan kereta khas untuk setiap pasukan.

Pasukan yang tiba diberikan kereta khas dengan logo pasukan masing masing. Kereta kereta ini dilihat disediakan oleh penaja kejohanan tersebut iaitu Mercedes-Benz. Selain daripada Mercedes-Benz, Pringles juga dilihat turut sama menyediakan snek di bilik latihan dengan nama setiap pemain dicetak khas pada bekasnya.

ESL One Hamburg adalah sebuah kejohanan bertaraf Major yang akan diadakan di Barclaycard Arena, Hamburg, Jerman pada 29 sehingga 30 Oktober 2017. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah $1,000,000 (~RM4.2 Juta) dan 1500 mata kelayakan. Lapan pasukan akan bertanding merebut gelaran juara major pertama didalam sistem Pro Circuit iaitu Team Liquid, Newbee, Evil Geniuses, SG E-sports, Fnatic, Keen Gaming, Team Secret, dan Virtus.pro.

Sumber Foto :  Cyborgmatt / Merlin / Team Secret

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.