Eleague Major : Boston - Kejohanan CSGO Bertaraf Major Pada Januari 2018



Eleague, penganjur kejohanan esukan ternama telah mengumumkan bahawa mereka akan menjadi penganjur bagi kejohanan CSGO bertaraf major seterusnya iaitu Eleague Major : Boston. Ini merupakan kejohanan major kedua yang akan dianjurkan oleh Eleague dalam masa dua tahun.

Eleague Major : Boston akan diadakan pada 26 sehingga 28 Januari di Arena Agganis, Universiti Boston. 16 pasukan akan bertanding di kejohanan ini bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah $1,000,000 (~RM 4.2 Juta).

Lapan pasukan yang telah mendapat tempat terbaik di kejohanan major sebelum ini, PGL Major Krakow iaitu Gambit Esports, Astralis, Immortals, Virtus.pro, FNATIC, SK Gaming, BIG dan Team North telah dijemput sebagai 'Pasukan Lagenda'.




Lapan lagi pasukan yang telah mengakhiri kejohanan PGL Major Krakow dengan memperoleh tempat terendah pula akan bertanding di dalam pusingan kelayakan. Di dalam pusingan kelayakan ini, lapan pasukan tersebut akan bertanding dengan lapan lagi pasukan dari pusingan kelayakan terbuka yang digelar sebagai 'The Minors' yang akan dilakukan secara atas talian.

The Minors akan memberikan dua slot bagi setiap rantau utama iaitu Amerika, Asia, Eropah dan CIS.
Kesemua rantau ini akan mengadakan pusingan kelayakan terbuka kecuali Asia. Bagi rantau Asia, hanya pasukan yang dijemput boleh menyertainya.




Sumber : Eleague

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.