Dota 2 Terima Kemaskini Dueling Fates - Tibanya Pangolier dan Dark Willow

Kemaskini besar terbaru untuk permainan Dota 2 yang dinamakan sebagai Dueling Fates kini telah hadir. Antara perkara utama yang dibawakan oleh kemaskini versi 7.07 ini adalah hadirnya dua hero baharu iaitu Pangolier dan Dark Willow.

Pangolier merupakan sebuah hero untuk posisi Carry yanghadir dengan pelbagai abiiti menarik yang membolehkan beliau menghuru harakan pertarungan. Dark Willow pula merupakan sebuah hero untuk posisi Support. Dark Willow mempunyai beberapa abiliti yang mampu menyekat lawannya, menghentikan pergerakan mereka dan malah boleh menyebabkan mereka lari ketakutan.

Kemaskini kali ini juga membawakan perubahan kepada mod permainan ranked dimana ia kini diubah menjadi sistem bermusim. Setiap musim akan berlangsung selama 6 bulan bagi membolehkan ranking setiap pemain adalah tepat dan terbaru. Pada setiap permulaan musim, mmr pemain akan ditentukur semula dan pemain akan diberikan medal yang menentukan skill pemain. Medal bagi musim lepas dan musim semasa boleh dipaparkan pada profil setiap pemain. Namun begitu, MMR tradisional masih akan direkodkan dan pemain boleh memilih untuk terus memaparkannya pada profil masing masing.

Sebuah mod permainan baharu juga telah ditambah iaitu Turbo dimana ia ditujukan kepada pemain yang mahu bermain untuk tempoh masa yang terhad. Didalam mod permainan ini, mata pengalaman (xp) dan emas diperoleh dengan lebih pantas, menara pertahanan lebih mudah dimusnahkan, masa hidup kembali adalah lebih rendah dan pemain boleh membeli item dimana sahaja tanpa perlu ke kedai.

Valve juga telah mengemaskini paparan antaramuka bagi mod permainan draf abiliti dan melakukan model semula bagi hero Ancient Apparition. Selain itu, sebuah ping wheel juga telah ditambah bagi membolehkan pemain berkomunikasi dengan lebih pantas dengan pemain lainnya.

Akhir sekali, kemaskini ini juga hadir dengan perubahan penstabilan permainan dimana beberapa perubahan telah dilakukan seperti item Iron Talon yang telah dibuang daripada permainan. Roshan juga akan memberikan sebuah orb refresher pada kali ketiga ia dibunuh. Pelbagai perubahan lain mengenai peta, banggunan ancient dan shrine, stat hero boleh dibaca di laman kemaskini 7.07 ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.