Discord Memudahkan Pengguna Mengenalpasti Pelayan Rasmi Untuk Sesebuah Permainan

Platform komunikasi popular, Discord hari ini telah mengumumkan pengenalan kepada pelayan yang telah disahkan bagi membolehkan komuniti mengenalpasti kesahihan sesebuah pelayan di platform tersebut. Mulai hari ini, pembangun sesebuah permainan boleh memohon untuk mendapatkan pengesahan pelayan Discord mereka.

Pelayan yang telah mendapat pengesahan akan memperoleh sebuah ikon khas pada nama pelayan mereka yang hampir sama dengan ikon pengesahan di laman Twitter. Pelayan yang telah disahkan juga akan menerima beberapa kelebihan seperti pelayan panggilan suara VIP,  pautan Discord.gg yang khas dan halaman masuk tersuai.




Sumber : Discord

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.