Detroit Renegades Sertai Vainglory - Ambil Alih Pasukan Infamous Dari Asia Tenggara

Pasukan Vainglory terkemuka di Asia Tenggara, Infamous kini telah diambil alih oleh organisasi dari Amerika Syarikat iaitu Detroit Renegades. Pasukan yang dibarisi oleh Chingy, spaghetti, SnkEA dan pemain simpanan uNi dan Tezzaboy itu akan mula bermain secara rasmi di bawah nama Renegades pada kejohanan Vainglory World Championship 2017.

Di kejohanan tersebut, pasukan ini akan menyertai sebuah perlawanan khas untuk memperkenalkan mod permainan 5 lawan 5. Kejohanan Vainglory World Championship 2017 akan berlangsung pada 14 sehingga 17 Disember ini di Kallang Theatre, Singapura.

Pasukan Vainglory Renegades :

  • Justin “spaghetti” Bersamin
  • Ching “Chingy” Yang
  • Adem “SnkEA“ Lebeidi
  • Thanakit “uNi” Vongmanee (Simpanan)
  • Terence “Tezzaboy98” Leung Cheuk Yin (Simpanan)
  • Bryan “Aeon222” Tay (Jurulatih)

Sumber : Vainglory Blog


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.