Destinyy - Pemain Ke-empat Pasukan CSGO Immortals



Selepas menandatangani Horvy tempoh hari, usaha Immortals untuk membangunkan semula pasukan CS:GO mereka semakin hampir berjaya dengan pengambilan pemain keempat mereka iaitu Lucas “Destinyy” Bullo de Lima. Pemain berusia 19 tahun itu sebelum ini bermain untuk pasukan Luminosity Gaming dan Tempo Storm di posisi Entry Fragger.

Pasukan CS:GO Immortals sebelum ini dilanda masalah apabila beberapa pemain mereka gagal hadir ke perlawanan akhir kejohanan DreamHack ASTRO Open. Akibat daripada itu, Immortals telah mengugurkan Vito 'kNgV-' Giuseppe daripada pasukan itu dan meletakkan dua lagi pemain dibangku simpanan iaitu Henrique 'Hen1' Teles dan Lucas 'Lucas1' Teles.

Kini, Immortals hanya memerlukan seorang lagi pemain bagi melengkapkan pasukan baharu mereka. Buat ketika ini, jurulatih pasukan itu, zakk akan mengisi kekosongan pemain andai mereka mempunyai perlawanan.

Immortals CS:GO

  • Ricardo 'boltz' Prass
  • Lucas 'steel' Lopes
  • João 'horvy' Horvath
  • Lucas “Destinyy” Bullo de Lima
  • Rafael 'zakk' Fernandes (Jurulatih)

Sumber : Immortals

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.