Daybreak Games dan Twin Galaxies Bekerjasama Melancarkan H1Z1 Pro League



Memfokuskan kepada pemain, H1Z1 Pro League telah diumumkan hasil kerjasama antara Daybreak Games dan Twin Galaxies. Liga profesional esukan ini merupakan yang pertama di wujudkan bagi genre permainan battle royale yang popular kebelakangan ini.

Seperti mana yang diumumkan, liga ini memberikan fokus kepada kepentingan pemain dengan menyediakan beberapa peraturan dan polisi khas bagi pemain seperti gaji minimun berjumlah $50,000 setahun dan menerima bahagian di dalam keuntungan yang diterima pasukan.

Daybreak Games turut sama menegaskan bahawa liga ini akan menjadi liga yang betul betul profesional dengan menitik beratkan aspek penyiaran semasa perlawanan bagi membolehkan semua aksi pemain berjaya dirakamkan.





Sumber : H1Z1 Pro League

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.