Cloud9 Melepaskan Baki Pemain Pasukan Overwatch Amerika Utara Mereka



Daniel "Gods" Graeser mengesahkan bahawa baki pasukan Overwatch Amerika Utara Cloud9 kini telah dilepaskan daripada kontrak. Menerusi post di laman Twitlonger itu, Cloud9 telah melepaskan mereka tanpa memerlukan pembelian keluar kontrak dilakukan (buyout).

Ketiga tiga baki pemain tersebut adalah Adam Eckel, Randal "Roolf" Stark, dan Daniel "Gods" Graeser. Sementara itu, CLoud9 dilihat akan memfokuskan kepada pasukan Overwatch Korea mereka iaitu Cloud9 Kongdoo. Pasukan dari  Korea tersebut telah diambil alih oleh Cloud9 pada September lalu.

Pasukan itu dijangka akan bermain di Liga Overwatch selepas Cloud9 mengesahkan tempat mereka pada Liga Overwatch. Liga tersebut akan bermula pada penghujung tahun ini dengan beberapa perlawanan persahabatan sebelum memulakan musim pertama pada awal Januari.


Sumber : DotEsports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.