Clash Royale Hadir Dengan Kemaskini Terbaru - Quest Dan Mod Permainan Touchdown



Permainan popular daripada Supercell, Clash Royale hari ini menerima kemaskini terbaru 'Epic Quest' yang hadir dengan pelbagai perkara yang menarik. Seperti mana namanya, kemaskini ini hadir dengan perubahan baru yang dinamakan sebagai Quest. Quest akan memberikan pemain cabaran harian dan mingguan dimana pemain yang menyelesaikan cabaran tersebut akan menerima hadiah termasuklah peti 'Magical' dan Lagendary'.

Selain daripada Quest, kemaskini ini juga membawakan mod permainan baharu yang dinamakan sebagai Touchdown dan Mirror Battles. Ia merupakan sebuah mod permainan bertemakan sukan American Football. Di dalam mod permainan ini, tiada lagi menara yang perlu dimusnahkan. Pemain hars berusaha untuk pergi ke penhujung gelangang permainan bagi mengumpul mata. Mirror Battles pula ialah mod permainan dimana kedua dua pihak akan memainkan dek permainan yang sama.

Selain daripada itu, beberapa penambahbaikan juga telah dilakukan. Bagi mengatasi masalah Tournament Spam, gem tidak lagi akan dipulangkan kepada penganjur tournament jika tiada pemain menyertainya. Kedai di dalam permainan ini juga akan memberikan sebuah kad epic percuma pada setiap hujung minggu kepada pemain.

Dan seperti biasa, kemaskini ini juga hadir dengan penambahbaikan kestabilan dimana beberapa karekter telah menerima penambahbaikan dan pengurangan statistik kad mereka.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.