Churnwalker Kini Tiba Di Halycon Fold Bersama Sama Dengan Dua Item Baharu



Permainan Moba mudah alih popular, Vainglory hari ini telah menerima kemaskini 2.9 yang membawakan sebuah hero baru yang bernama Churnwalker. Seperti mana yang dipertontonkan tempoh hari, Churnwalker merupakan sebuah hero jenis distruptor (penghalang) di posisi kapten yang dilengkapi dengan beberapa rantai yang membolehkannya menghalang pergerakan musuh dan menarik mereka ke arahnya.

Chrunwalker mempunyai beberapa abiliti menarik seperti Torment, Hook & Chain dan Tresspass. Bersama sama dengan kemaskini ini juga, SEMC telah mengubah item berasaskan kristal agar ia lebih mudah untuk dibezakan dan disesuaikan dengan hero yang dipilih, corak permainan yang dikehendaki oleh pemain dan kemampuan untuk membalas item pilihan pihak lawan.

Selepas Healing Flask dan Spellsword, Vainglory kini memperkenalkan dua lagi item baharu iaitu Dragon's Eye dan Spellfire. Dragon's Eye ialah item kristal yang membolehkan pemain untuk kekal dengan lebih lama di dalam pertarungan. Setiap saat musuh menerima serangan, pemain akan menerima peningkat kuasa kristal.

Dragon's Eye

Spellfire


Spellswords pula merupakan item kristal yang ditujukan kepada pemain yang mahu menyerang musuh secara sepintas lalu sebelum berundur semula. Item ini memboehkan pemain menggunakan 100% kuasa kristal sebagai kuasa tambahan untuk tempoh 4 saat.

Dan seperti biasa, kemaskini ini juga turut menyertakan beberapa skin baharu iaitu Fly or Die Baron, Scarecrow Baptiste dan koleksi tiga skin untuk Lyra bertemakan festival musim luruh iaitu Mood Empress, Moon Queen dan Moon Goddess.


Scarecrow Baptiste

Lyra Autumn Festival

Fy or Die Baron

Dari segi permainan pula, selain daripada pengbahsuaian kestabilan hero, Vainglory turut mengubah beberapa perkara iaitu dengan meningkatkan jarak penglihatan hero sebanyak 50%. Serangan jenis biasa juga kini akan menyebabkan lokasi penyerang didedahkan. Pembahagian mata pengalaman juga dipertingkatkan. Nyawa Kraken juga telah direndahkan sebanyak 20% dan apabila ia ditangkap, nyawanya kini telah meningkat sebanyak 25%.


Sumber : Vainglory

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.