Boston Uprising Umum Barisan Pemain Pasukan Liga Overwatch Mereka

Selepas mengumumkan nama dan logo pasukan mereka semalam, Boston Uprising kini telah mendedahkan barisan pemain bagi pasukan Liga Overwatch itu.

Pasukan yang akan bertanding di dalam musim pertama Liga Overwatch itu dibarisi oleh Kwon "Striker" Nam-joo, No "Gamsu" Yeongjin, Shin "Kalios" Woo-yeol, Stanislav "Mistakes" Danilov, Jonathan "DreamKazper" Sanchez, Kristian "Kellex" Keller dan Lucas "NotE" Meissne.

Pasukan tersebut turut sama memperkenalkan barisan staf yang akan membantu mereka iaitu Park “Crusty” Da-hee sebagai ketua jurulatih, Rollon “Mini” Hamelin dan Jack “Shake” Kaplan sebagai pembantu jurulatih dan seorang pengalisis iaitu Mohid “Mr. Bleeple” Asjid.


Musim pertama Liga Overwatch akan bermula pada 10 Januari kelak dengan beberapa perlawanan persembahan akan dilakukan pada bulan Disember ini.


Sumber : Slingshot Esports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.