Blizzard Tambah Pelbagai Fungsi Sosial Pada Klien Battle.net

Blizzard semalam telah mengemaskini klien Battle.net beta dengan pelbagai fungsi sosial bagi membantu para pemain untuk berkomunikasi. Pada klien beta tersebut, sebuah tab sosial baharu telah ditambah untuk mengakses fungsi fungsi baru ini.

Melaluinya, pemain boleh berhubung melalui teks mahupun pangilan suara. Dengan rekaan seperti Discord, fungsi komunikasi baru ini boleh dilakukan melalui kumpulan, saluran dan mesej privasi. Dengan fungsi baharu ini, pemain tidak  lagi perlu bergantung pada  klien komunikasi pihak ketiga seperti Discord, Mumble dan Teamspeak.

Pemain juga kini boleh menetapkan agar akaun mereka kelihatan seperti berada diluar talian(offline) bagi mengelak daripada diganggu rakan rakan mereka. Pemain yang telah menetapkan akaun mereka sebagai  diluar talian masih boleh menerima dan membaca mesej tanpa mendedahkan status mereka.

Namun begitu, kebanyakan pemain hari ini telah menggunakan Discord sebagai alat komunikasi utama. Walaupun penambahan fungsi sosial ini menarik, persoalannya adalah adakah pemain akan meninggalkan Discord yang boleh digunakan pada pelbagai permainan termasuk pada klien permainan lain seperti Steam.



Sumber : Blizzard

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.