Beberapa Skin Khas Acara Overwatch 'Halloween Terror" Tertiris Melalui Iklan Di Facebook



Blizzard nampaknya tanpa sengaja telah memaparkan beberapa skin karekter Overwatch untuk acara khas "Halloween Terror" yang akan berlangsung pada minggu hadapan melalui iklan di Facebook. Melalui iklan tersebut, skin khas untuk Mei, Zenyatta dan Symmetra telah tertiris.

Blizzard sebelum ini telah memuat-naik sebuah video teaser berkenaan acara tersebut yang memaparkan dua buah skin khas untuk McCree dan Reaper. Halloween Terror merupakan sebuah acara khas bersempena dengan hari Halloween. Ia akan berlangsung bermula pada 10 Oktober sehingga 2 November ini.

Buat masa ini, masih tiada pengumuman rasmi tentang apa yang akan tiba ada acara ini melainkan ianya bertemakan perkara seram. Pada tahun lalu, Blizzard telah mengantikan kotak 'loot' dengan labu  'jack-o-lanterns' yang mengandungi lebih 100 item kosmetik termasuklah skin, spray dan emote.




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.