Acara Halloween Terror Telah Bermula - Junkenstein's Revenge Kini Kembali



Acara Halloween Terror kini kembali di Overwatch. Pada kemaskini terbaru ini, Blizzard telah membawa kembali acara Junkenstein's Revenge dengan dua pilihan permainan iaitu mod permainan asal dan Endless Night.

Di dalam mod permainan asal, pemain boleh memilih empat karekter untuk dimainkan iaitu McCree, Soldier: 76, Hanzo, dan Ana. Bersama sama tiga orang pemain lagi, pemain akan menentang Junkerstein dan orang bawahannya iaitu Reaper, Roadhog, dan Mercy bagi mempertahankan Istana Adlersbrunn.

Bagi Endless Night pula, pemain akan bermainan didalam mod permainan tanpa henti dimana pemain akan menentang gelombang zombie yang akan bertambah kuat di setiap gelombang seterusnya. Sebuah papan pendahulu disediakan bagi memperlihatkan pemain yang dapat bertahan paling lama di dalam mod permainan ini.

Pemain juga boleh meneroka dua buah peta yang telah diubahsuai bersempena dengan Halloween iaitu Spooky Eichenwalde dan Spooky Hollywood. Sambil meneroka, pemain boleh mendapat hadiah hadiah khas di dalamnya.

Selain daripada itu, pelbagai skin baharu, intro dan emote bertemakan Halloween juga tiba pada kemaskini ini.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.