5 Permainan Dengan Jumlah Hadiah Terkumpul Tertinggi (Oktober 2017)

Dengan hadiah mencecah jutaan dolar dipertaruhkan pada setiap kejohanan, esukan kini bukan lagi sesuatu perkara yang dipandang rendah oleh masyarakat. Atlet esukan kini semakin diterima sebagai kerjaya yang sah dengan pelbagai negara mula memberikan pengiktirafan kepada mereka. Di Filipina, atlet esukan telah diberikan lesen khas oleh Lembaga Permainan dan Hiburan Filipina mengiktiraf mereka sebagai atlet esukan profesional. Di Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan juga sering kali bekerjasama dengan penganjur esukan untuk sama sama mengadakan kejohanan.

Sebagai sebuah industri yang giat membangun, hadiah yang disediakan pada setiap kejohanan semakin meningkat setiap tahun. Kejohanan Dota 2, The International 2017 sahaja telah menyediakan lebih RM40 juta ringgit hadiah kepada pasukan bertanding. Berikut merupakan 5 permainan esukan dengan jumlah hadiah gabungan terbesar di dunia bagi semua kejohanan yang telah mereka pertandingkan.

Di tempat kelima ialah permainan bergenre fps paling popular di dunia, Counter Strike dengan lebih 581 buah kejohanan telah dipertandingkan. Untuk 581 kejohanan ini, lebih RM45 Juta wang hadiah telah dipertandingkan di serata dunia.

Permainan strategi masa-nyata, Starcraft 2 menjadi permainan di tempat ke empat dengan hadiah terkumpul melebihi RM100 Juta. Permainan Starfcraft 2 merupakan antara permainan terawal mencapai perhatian arus perdana terutamanya di negara Korea Selatan. Lebih 4561 kejohanan telah dipertandingkan bagi merebut RM100 Juta wang hadiah tersebut.

Tempat ketiga pula menjadi pemilik permainan ke empat daripada francais permainan Counter Strike iaitu Counter Strike : Global Offensive. Dengan grafik yang lebih menarik dan dibina dengan menggunakan teknologi terkini, permainan ini telah menarik jutaan pemain di seluruh dunia. Penganti permainan Counter Strike asli ini telah menyediakan lebih RM172 Juta wang hadiah untuk 2737 buah kejohanan.

Permainan yang dihasilkan oleh Riot, League of Legends menduduki tempat kedua senarai ini dengan hadiah terkumpul melebihi RM185 Juta bagi 1919 buah kejohanan. League of Legends merupakan salah satu permainan dengan jumlah pemain terbanyak di dunia. Puluhan juta pemain direkodkan memainkannya setiap bulan.

Walaupun hanya mempunyai 821 buah kejohanan, permainan Dota 2 menjadi raja kejohanan dengan hadiah terkumpul terbesar di dunia jauh meninggalkan pesaing lain. Pada ketika ini, permainan yang dibangunkan oleh Valve ini telah mempertandingkan lebih RM537 Juta wang hadiah. Untuk musim 2017/2018 ini sahaja (setakat September 2017), 16 kejohanan bertaraf minor  dan 11 kejohanan bertaraf major akan dipertandingkan dengan hadiah melebihi RM71 Juta. 

  1. Dota 2 = ~RM537 Juta
  2. League of Legends = ~RM185 Juta
  3. CS:GO = ~RM172 Juta
  4. Starcraft 2 = ~RM100 Juta
  5. Counter Strike = ~RM45 Juta


Sumber : EsportsEarnings.com (Oktober 2017)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.