12 Pasukan Yang Telah Dijemput Menyertai Kejohanan IEM Oakland PUBG Invitational 2017

IEM Oakland PUBG Invitational merupakan kejohanan PlayerUnknown's Battleground kedua selepas kejohanan PUBG Invitational di acara Gamescom, Ogos lalu. Pada kejohanan kali ini, 80 orang pemain akan bertanding di dalam 8 perlawanan bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah USD200,000.

Kejohanan kali ini hanya akan mempertandingkan mod permainan berpasukan FPP (Perspektif Pandang Pertama). 12 pasukan telah menerima jemputan terus ke kejohanan ini iaitu pasukan Team SoloMid, Team Liquid, Noble, Luminosity, Alliance, CLoud9, CGE, NInjas in Pyjamas, Evil Geniuses, Tempo Storm, Penta Esports dan Method Gaming.

Kejohanan tersebut akan diadakan di Bay Arena pada 18-19 November ini melibatkan 20 pasukan dari Eropah dan Amerika. Juara kejohanan akan membawa pulang hadiah sebanyak $60,000 (~RM250,000).


Sumber : IEM Oakland

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.