Vici Gaming Umum Pasukan Baharu Berpengkalan Di Amerika Utara - VGJ.Storm



Pada September tahun 2016, Vici Gaming, China Digital Culture dan Jeremy Lin mengumumkan kerjasama dengan menubuhkan sebuah pasukan baru dengan nama VG.J. Selepas setahun, Vici Gaming kini mengumumkan penubuhan pasukan kedua yang akan dibawah nama VG.J.

Pasukan VG.J sedia ada akan dinamakan sebagai VGJ.Thunder manakala pasukan baharu mereka dinamakan sebagai VGJ.Storm. VGJ.Storm akan berpengkalan di Amerika Utara manakala pasukan VGJ.Thunder akan kekal bermain di rantau China.

Bersama sama dengan pengumuman ini, Vici Gaming turut mengumumkan senarai pemain bagi setiap pasukan mereka bagi musim 2017/2018. Vici Gaming juga menandatangi Jack 'KBBQ' Chen sebagai pengarah pasukan VGJ.Storm dan Kitrak sebagai jurulatih.

Vici Gaming

  • Paparazi
  • Ori
  • Eleven
  • Lanm
  • Fenrir

VGJ.Thunder

  • Sylar
  • Ghost
  • Yang
  • Fade
  • Ayo
  • rOtK (Jurulatih)
VGJ.Storm
  • Ritsu
  • 747
  • Sneyking
  • Flee
  • Stanking
Vici Gaming Potential
  • J
  • Freeze
  • Sen
  • Xmy
  • Ran

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.