Valve Tambah Histogram Pada Bahagian Ulasan Permainan Bagi Atasi Masalah ' Review Bombing'

Masalah 'review bombing' bukanlah perkara baharu di internet. Ramai pihak melakukan perkara ini sebagai protes terhadap ketidakpuashatian mereka pada sesuatu perkara. Perkara ini terjadi dipelbagai laman web seperti kedai aplikasi, kedai atas talian dan banyak lagi. Laman permainan terkemuka, Steam juga tidak dapat melarikan diri daripada masalah ini.



Steam hari ini mengumumkan menerusi laman blog mereka tentang fungsi baharu yang telah ditambah pada bahagian ulasan di kedai permainan atas talian mereka. Fungsi ini ditambah bagi mengatasi masalah 'review bombing' yang merosakkan ulasan sebenar sesebuah permainan.

Baru baru ini, permainan milik syarikat Campo Santo menerima hujanan ulasan negatif selepas pembangunnya menyelar dan mengeluarkan notis DMCA pada video milik Youtuber terkemuka, Pewdiepie. Ini adalah kerana Pewdiepie telah mengeluarkan kata kata berbau perkauman semasa melakukan strim. Para peminat Pewdiepie merasakan tindakan Campo Santo ini adalah tidak wajar lalu melakukan 'review bombing' pada permaianan keluaran syarikat itu.

Permainan yang dibangunkan oleh Valve, Dota 2 juga menerima tindakan yang sama baru baru ini selepas skrip bagi permainan Half Life 2 : Episod 3 tertiris. Para peminat permainan klasik itu menyatakan bahawa Dota 2 merupakan punca permainan Half Life di abaikan. Tindakan mengeluarkan ulasan tentang perkara yang tiada kaitan dengan permainan sebenar ini menyebabkan ulasan yang ada pada sesatuu permainan tersebut menjadi tidak tepat.

Tindakan ini boleh menyebabkan mereka yang mahu membeli sesuatu permainan itu membatalkan hasrat mereka setelah melihat ulasan permainan tersebut walaupun sebenarnya ia tidak tepat. Oleh yang demikian, Steam hari ini telah menambah histogram pada bahagian ulasan sesebuah permainan di laman web mereka.

Histogram ini membolehkan pembaca ulasan mengetahui tentang sesuatu ulasan dengan lebih mendalam mengikut jangka masa tertentu. Pembeli berpotensi boleh menyiasat dengan lebih tepat mengenai trend ulasan dan penyebabnya sekaligs membolehkan mereka membuat pilihan dengan lebih baik untuk membeli permainan tersebut atau tidak.





Sumber : Steam Community

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.