Team Liquid Dan Newbee - Penerima Jemputan Terus Ke Kejohanan ESL One Hamburg 2017



ESL hari ini mengumumkan dua pasukan yang telah menerima jemputan terus ke kejohanan Major pertama Dota 2 iaitu ESL One Hamburg 2017. Dua pasukan tersebut adalah finalis kepada kejohanan The International 2017 iaitu pasukan Newbee dan Team  Liquid.

ESL One Hamburg akan diadakan di Barclaycard Arena, Hamburg, Jerman pada 29 sehingga 30 Oktober 2017. Lapan pasukan akan bertanding pada kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD $1,000,000 itu.

Enam pasukan seterusnya akan melayakkan diri melalui peringkat kelayakan yang akan diadakan pada rantau rantau utama iaitu Eropah, China, Asia Tenggara, CIS, Amerika Selatan dan Amerika Utara


Sumber : ESL

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.