Team Dire Kini Adalah Optic Gaming



Organisasi yang popular di arena esukan genre FPS, Optic Gaming kini mengumumkan kemasukan mereka pada arena esukan genre Moba dengan mengambil alih pasukan Dota 2, Team Dire. Team Dire merupakan sebuah pasukan baru yang diketui oleh bekas pemenang TI5 dan CEO bagi Evil Geniuses iaitu Peter 'PPD' Dager.

Selain daripada PPD, pasukan ini dibarisi oleh MiSeRy, Zai, CCnC dan Pajkatt. Walaupun baru sahaja ditubuhkan, dengan memilik beberapa permain ternama seperti PPD, Zai dan Misery, pasukan ini telah pun melayakkan diri ke sebuah kejohanan minor iaitu The Summit 8.

Sumber : Optic Gaming

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.