Senarai Penuh Pasukan Yang Menerima Jemputan Terus Ke Kejohanan Epicenter : St. Petersburg



Senarai penuh lapan pasukan yang telah menerima jemputan terus ke kejohanan Epicenter : St. Petersburg kini telah didedahkan. Kejohanan kali ini akan mempertandingkan permainan CS:GO dengan hadiah keseluruhan berjumlah $500,000 (~RM 2.1 Juta). Selepas Moscow, St. Petersburg telah dipilih sebagai lokasi penganjuran kejohanan kali ini.

Kejohanan ini akan berlangsung pada 28–29 Oktober ini di Yubileyny Sports Palace melibatkan lapan buah pasukan dengan enam daripadanya adalah jemputan dan dua pasukan daripada pusingan kelayakan.

Pasukan yang dijemput :

  • SK
  • Astralis
  • Gambit
  • Virtus.pro
  • North
  • G2

Dikuasakan oleh Blogger.