Resolut1on - Pemain Mid Baharu Untuk Pasukan OG



Pada pertengahan bulan Ogos lalu, pasukan OG mengumumkan bahawa pemain bagi posisi mid mereka, Anathan ‘ana’ Pham telah mengambil keputusan untuk berehat dari dunia kompetitif Dota 2. Kini, pasukan OG telah mengumumkan pengganti bagi Ana iaitu Roman ‘Resolut1on’ Fomynok.

Resolut1on merupakan bekas pemain bagi pasukan Planet Odd yang telah dibubarkan. Beliau juga telah bermain di kejohanan The International 2017 bersama sama dengan pasukan Empire. Di kejohanan tersebut, beliau bermain sebagai pemain gantian untuk Chappie yang gagal memperoleh passport untuk pergi ke kejohanan tersebut.

Di The International 2017, Resolut1on  bermian dengan baik sehingga berjaya memperoleh kedudukan 7/8 kejohanan. Setelah Planet Odd diumumkan sudah dibubarkan, Resolut1on  telah menjadi bualan hangat sebagai pemain yang menjadi pilihan pelbagai pasukan.

Beliau akan bermain bersama sama dengan baki pemain di pasukan OG yang kekal ersama dengan pasukan itu untuk musim kompetitif akan datang.

Pasukan OG Dota 2:

  • Tal ‘Fly’ Aizik 
  • Johan ‘n0tail’ Sundstein
  • Jesse ‘JerAx’ Vainikka
  • Gustav ‘s4’ Magnusson 
  • Roman ‘Resolut1on” Fomynok 

Sumber : OG Dota 2

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.