PUBG Umum Kemaskini Terbaru Pada Minggu Hadapan - Senjata dan Cuaca Baharu, Papan Pendahulu FPP

Tangkapan Skrin Bagi Cuaca Berkabus

Permainan yang baru sahaja melepasi 10 juta unit jualan, PlayerUnknown's Battlegrounds mengumumkan kemaskini terbaru yang akan tiba pada minggu hadapan. Walaupun butiran lengkap kemaskini ini belum didedahkan, beberapa perubahan telah diumumkan seperti tibanya senjata baharu, cuaca berkabus dan papan pendahulu FPP.

Sebuah senjata baharu, Mini-14 telah didedahkan akan tiba pada minggu hadapan. Senjata ini adalah senjata umum dimana ia boleh didapati di seluruh pulau dan bukanlah senjata yang hanya ada pada peti bekalan.

Mini-14

Kemaskini ini juga akan membawakan papan pendahulu bagi mod permainan Perspektif Pandang Pertama (FPP). DEngan hadirnya papan pendahulu ini, para pemain akan lebih serius dan kompetitif semasa bermain sekaligus memberikan pengalaman bermain yang lebih baik.

Seperti kemaskini lain, kemaskini kali ini juga akan diaplikasikan pada server ujian terlebih dahulu sebelum dibawakan kepada server umum.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.