PUBG Atasi Dota 2 Bagi Jumlah Pemain Serentak Tertinggi Di Platform Steam




PlayerUnknown's Battleground kini telah mengatasi permainan Dota 2 sebagai permainan dengan jumlah pemain serentak tertinggi di platform Steam. PBG hari ini mencatatkan rekod 1,322,507 orang pemain serentak mengatasi jumlah pemain serentak Dota 2 pada Julai tahun lalu iaitu 1,291,328.

PUBG juga baru sahaja mengumumkan kemaskini terbaru yang membawakan beberapa penambahan seperti cuaca dan senjata serba baru bagi permainan tersebut. Permainan ini juga telah melepasi jumlah jualan 10 juta salinan semenjak ia dilancarkan untuk program akses awal.



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.