PPD, Zai, MiseRy Tubuh Pasukan Baharu



Selepas meninggalkan pasukan Evil Geniuses, PPD dan Zai kini mengumumkan sebuah pasukan Dota 2 baharu yang dibarisi oleh beberapa nama besar arena kompetitif Dota 2. Pasukan ini dibarisi oleh PPD, Zai, Ccnc, MiseRy dan Pajkatt.

Pada ketika ini, tiada info lanjut diumumkan mengenai pasukan ini. Bagaimanapun, kembalinya PPD ke arena kompetitif Dota 2 selepas berehat pada tahun lalu pasti mengujakan para peminat. Dengan beberapa nama besar yang ada didalam pasukan ini, tidak mustahil beberapa organisasi e-sukan seperti Immortals yang mahu memasuki arena Dota 2, berminat untuk menaja pasukan ini.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.