PGL Ubah Peraturan 'Time Rating' Bagi Pusingan Kelayakan PGL Open: Bucharest



Peringkat kumpulan pusingan kelayakan PGL Open Bucharest bagi rantau Asia Tenggara berakhir dengan kekecewaan kepada pasukan Fnatic apabila tersingkir selepas peraturan 'time rating' yang digunakan oleh PGL tidak memihak kepada mereka.

Pasukan Fnatic bersama sama dengan Mineski dan Happy Feet mengakhiri peringkat kumpulan pusingan kelayakan tersebut dengan keputusan yang sama iaitu 2 kemenangan dan 1 kekalahan. Namun begitu, bagi memutuskan kumpulan yang akan layak ke peringkat kalah mati, PGL mengunakan peraturan 'time rating' dimana pasukan yang menewaskan lawan mereka dengan jangka masa tersingkat akan mara ke pusingan seterusnya.

Foto : Liquipedia


Akibat daripada peraturan tersebut, pasukan Fnatic tersingkir selepas hanya mampu menewaskan pasukan Mineski dalam tempoh masa 63 minit menjadikan mereka pasukan dengan jangka masa tertinggi berbanding dengan pasukan Mineski dan Happy Feet.

Pelbagai pihak merasakan peraturan tersebut adalah tidak adil terutamanya bagi permainan Dota 2 yang merupakan sebuah permainan berbentuk strategi. Jangka masa untuk menewaskan pihak lawan adalah kurang releven didalam permainan ini kerana terdapat pelbagai strategi yang memfokuskan kepada permainan lewat masa sering digunakan sesebuah pasukan.

Justeru itu, pihak PGL secara rasminya mengubah peraturan mereka dan menyingkirkan peraturan 'time rating' tersebut bagi pusingan kelayakan rantau lainnya. Keputusan ini bagaimanapun tidak melibatkan pasukan Fnatic yang telah tersingkir. Pasukan yang dibarisi oleh EternalEnvy, Ohaiyo, DJ, Xcalibur dan Pieliedie itu akan kekal tersingkir daripada  kejohanan.


Sumber : JoinDota

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.