Permainan CS:GO Kini Boleh Dimainkan Di China Melalui Perfect World



Melalui kemaskini terbaru hari ini, permainan popular Counter Strike : Global Offensive kini boleh dimainkan di negara China. Sepertimana permainan Dota 2, permainan ini boleh dimainkan hasil kerjasama Valve bersama sama dengan syarikat Perfect World.

Pemain yang mempunyai akaun yang telah disahkan turut sama akan menerima hadiah item promosi khas secara percuma bagi tempoh terhad. Selain daripada itu, kemaskini terbaru ini juga hadir dengan sebuah peti baharu yang mempunyai 17 rekebentuk terbaru daripada komuniti. Peti yang digelar Spectrum 2 ini juga mempunyai item 'rare' dengan kemasan chroma iaitu pisau generasi kedua.

Dari segi permainan, kemaskini ini membawakan perubahan terhadap pistol dimana pistol Glock menerima penambahbaikan dengan kecederaan asas yang dipertingkatkan. Tahap ketepatannya juga ditambah semasa menembak dengan pantas dan ketika bergerak.

Bagi  pistol P250 pula, ia juga menerima peningkatan kecederaan asas namun ketepatanya berkurangan apabila pemain sedang bergerak. Tahap penembusan armor juga dikurangkan pada kemaskini kali ini.


Sumber : Valve

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.