Pemain Pasukan DX, Scandal Tuduh Rakan Sepasukan Atur Perlawanan

Foto  : Monza

Roman "Scandal" Sadotenkov, pemain bagi pasukan DX semalam menuduh rakan sepasukannya terlibat mengatur perlawanan mereka menentang pasukan Yellow Subramine pada pusingan kelayakan  WCA 2017 untuk rantau CIS.
Scandal memuatnaik beberapa post di Twitter memaklumkan mengenai kecurigaannya terhadap rakan sepasukannya didalam pasukan DX.


"Sehingga ke akhirnya saya tidak mahu percaya rakan sepasukan sengaja bermain untuk tewas di dalam perlawanan menentang Yellow Submarine semalam. Tapi apa yang saya lihat pada rakaman ulang tayang menyebabkan saya tiada pilihan lain. Saya pasti bukan saya sahaja yang sedar tentang apa yang berlaku, saya harap semua rahsia akan terdedah tidak lama lagi."

Pada perlawanan tersebut, walaupun DX merupakan pasukan pilihan, mereka tewas 2-0 menentang pasukan Yellow Submarine. Bekas pemain pasukan Empire itu berkata bahawa dia mulai curiga sehari sebelum perlawanan itu berlangsung. Beberapa pihak menghubunginya memberi amaran bahawa pasukannya sengaja tewas pada perlawnan mereka. Kecurigaannya makin kuat setelah melihatan rakaman perlawanan mereka dimana salah seorang pemain mereka, Sonic dilihat sengaja bermain dengan teruk semasa perlawanan berlangsung.

Seorang lagi pemain pasukan DX telah mengeluarkan kenyataan menafikan beliau terlibat mengatur perlawanan. Dmitry "Monza" Morozov turut sama mengeluarkan kenyataan bahawa Sonic bermain dengan teruk  sehingga menimbulkan kecurigaan.

Seorang lagi pemain yang dituduh mengatur perlawanan adalah Ax.Mo. Scandal berkata, bahawa baru baru ini Ax.Mo ada mengajaknya untuk mengatur perlawanan. Namun begitu, beliau kurang pasti sama ada Ax.Mo terlibat pada perlawanan kali ini. Beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa beliau pasti Sonic terlibat mengatur perlawanan.

Pihak penganjur pusingan kelayakan WCA bagi rantau CIS, The UCC memaklumkan bahawa siasatan telah dimulakan bagi menentukan sama ada tuduhan ini berasas dan tindakan akan dikenakan andai tuduhan ini berjaya dibuktikan.

Team DX:

  • Roman "Scandal" Sadotenkov
  • Dmitry "Ax.Mo" Morozov
  • Leodin "Sonic" Kuzmenkov
  • Dmitry "Monza" Morozov
  • Yakov "Dark" Grabar



Sumber : Cybersports

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.