Nota Kemaskini Bagi September - PUBG Cuba Selesaikan Masalah AFK Farming



Setelah mengumumkannya pada minggu lalu, PUBG kini telah memuat-naik nota kemaskini lengkap bagi bulan September. Seperti mana yang didedahkan pada minggu lalu, beberapa penambahan menarik akan tiba seperti cuaca berkabus, senjata baharu dan papan pendahulu FPP.

Kemaskini kali ini akan menambah baik prestasi permainan PUBG pada PC peringkat rendah. Antaramuka permainan juga akan menerima penambahbaiksan dengan beberapa penetapan ditambah seperti kebolehan untuk mengubah warna crosshair.

Mengenai cuaca berkabus, penambahan ini akan menyebabkan jarak penglihatan pemain berkurang dengan mendadak. Namun begitu, cuaca ini mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk terjadi semasa bermain.





Selain daripada itu, sebuah senjata baharu juga akan tiba iaitu Mini-14. Mini-14 merupakan sebuah senjata rifle semi atomatik 5.56. Ia merupakan sebuah senjata jenis kompak dan ringan. Senjata ini akan menyebabkan kecereaan yang lebih rendah kepada sasaran namun mempunyai halaju muzzle ketepatan yang lebih tinggi.



PUBG juga mula mencuba mengatasi masalah 'afk farming' dimana pemain menggunakan bot untuk memasuki perlawanan dan kemudiannya membiarkan karekter mereka berdiam diri sehingga ia mati bagi mengumpul mata yang boleh ditukar dengan item. Item item ini kemudiannya boleh dijual semula bagi mendapatkan wang tunai.

Pemain yang berdiam diri didalam permainan dan tidak bergerak kini tidak lagi akan emnerima sebarang mata. PUBG juga akan memerhatikan isu ini dengan lebih mendalam bagi menghalang para pelaku dari cuba untuk mengatasi solusi yang dihasilkan oleh pembangun.


Sumber : PUBG

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.