Netease Umum Nama Rasmi Pasukan Liga Overwatch Mereka - Shanghai Dragons



Blizzard dan Netease, pemiik bagi slot francais liga Overwatch untuk Shanghai kini menjadi pasukan pertama mengumumkan nama rasmi bagi pasukan mereka  iaitu Shanghai Dragons. Penjenamaan pasukan ini dibuat  setelah Blizzard mengumumkan bahawa setiap pemilik slot francais tidak dibenarkan menggunakan nama asal organisasi mereka dan perlu melakukan penjenamaan semula.

Netease berkata bahawa logo dan nama pasukan mereka akan mewakili negara mereka di pentas dunia dengan memperlihatkan keberanian mereka dan semangat sepasukan mereka. Logo bagi pasukan Shanghai Dragons ini direka dengan motif seekor naga yang mirip dengan huruf S melambangkan nama pasukan mereka. Warnanya juga dipilih berdasarkan warna yang paling sinonim dengan negara China iaitu merah dan kuning.



Sumber : Blizzard

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.