Mineski - Pasukan Pertama Melayakkan Diri Ke PGL Open Bucharest



Mineski menjadi pasukan pertama melayakan diri  ke kejohanan PGL Open Bucharest selepas menjuarai pusingan kelayakan kejohanan tersebut bagi rantau Asia Tenggara. Pada perlawanan kahir psingan kelayakan tersebut, pasukan Mineski menewaskan pasukan Execration dengan keputusan 2-0.

Mineski akan mara ke peringkat utama kejohanan PGL Open  Bucharest yang akan berlangsung pada 19 November sehingga 22 November kelak di Bucharest, Romania. PGL Open Bucharest merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh PGL dan rakan kerjasama mereka iaitu Twitch. Kejoahanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD 300,000 (~RM 1.2 juta). 





Kejohanan ini akan melibatkan 8 buah pasukan dari enam rantau utama iaitu CIS, Eropah, Asia Tenggara, China, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Dua pasukan telah menerima jemputan terus kekejohanan tersebut iaitu pasukan Evil Geniuses dan LGD Gaming.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.