Jumlah Pemain Serentak PUBG Melepasi Angka 1 Juta Orang



Permainan PlayerUnknown's  Battleground mencipta sejarah baharu apabila jumlah pemain serentak mereka kini telah melebihi 1 juta orang. Sejak dilancarkan pada bulan Mac lalu untuk program akses awal, permainan PUBG telah terjual melebihi 10 juta salinan.



Dengan pencapaian terbaru ini, PUBG menjadi permainan kedua di platform Steam yang berjaya melepasi angka 1 Juta tersebut selepas permainan Dota 2. Walau bagaimanapun, rekod pemain serentak tertinggi masih menjadi milik Dota 2 dengan angka 1,291,328 pemain pada bulan Julai 2016.

PUBG juga baru sahaja mengumumkan kemaskini terbaru yang membawakan beberapa penambahan seperti cuaca dan senjata serba baru bagi permainan tersebut.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.