Immortals Umum Mahu Tubuh Pasukan Dota 2



Setelah secara terbuka menyatakan minatnya untuk memasuki arena e-sukan Dota 2 kebelakangan ini, CEO kepada Immortals, Noah Whinston secara rasminya mengumumkan bahawa organisasinya sedang mencari pemain bagi menubuhkan pasukan Dota 2 mereka yang tersendiri.

Immortals merupakan sebuah organisasi e-sukan yang berpengkalan di Amerika. Organisasi ini mempunyai pasukan bagi beberapa jenis permainan e-sukan seperti Overwatch, League of Legends, Smash, Vainglory dan CS:GO.



Sebagai  salah satu permainan terkemuka di dunia, Dota 2 sudah pasti menjadi sasaran Immortals. Dota 2 merupakan permainan yang mempunyai jumlah hadiah terbesar didunia iaitu menghampiri USD 25 Juta pada kejohanan The International 2017. Permainan itu mempunyai jutaan pemain diseluruh dunia dan mempunyai liga kompetitif yang sangat aktif.

Pada ketika ini, antara pasukan yang diura urakan mungkin menjadi pilihan Immortals untuk ditandatangi adalah Team Dire yang dibarisi oleh PPD dan Zai dan Team Pheonix, iaitu pasukan yang dibarisi oleh bekas pemain MVP.Pheonix. Bersama samalah kita nantikan pengumuman rasmi mengenai barisan pemain mereka kelak.


 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.