Future Lab Umum Senarai Pasukan Bertanding Bagi Kejohanan Corporates vs Universities

Future Lab hari ini mengumumkan senarai pasukan yang akan bertanding di dalam kejohanan Dota 2, Corporates vs Universities yang dianjurkan oleh mereka bersama sama dengan Esport Cyberjaya. Kejohanan tersebut akan berlangsung di The Launchpad, Cyberjaya pada 11 November kelak. Kejohanan ini juga disokong oleh Grab, The Launchpad, IGN dan Esport Cyberjaya.

Senarai syarikat yang telah menghantar pasukan adalah AirAsia, EGG Network (Astro), Ernst & Young dan Petronas. Bagi pasukan dari universiti pula, KDU University College, Taylor's University, Sunway University dan University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY) di umumkan akan menyertai kejohanan tersebut.

Kejohanan ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara syarikat korporat dan pelajar universiti di Malaysia. Selain daripada itu, penglibatan syarikat syarikat besar seperti AirAsia dan Petronas dalam arena esukan juga dilihat akan memberikan kesan positif bagi memperkembangkan lagi industri ini di Malaysia.




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.